Teknik Pelaburan

Sebelum anda membuat sesuatu pelaburan, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai pelaburan tersebut.Begitu juga dengan pelaburan emas.Anda perlu mendalami ilmu emas dahulu sebelum melabur.Ini kerana setelah anda cukup memahami mengenai nilai emas, anda akan yakin dengan dengan pelaburan ini.

Disini ingin saya kongsi bersama beberapa teknik untuk menjana pendapatan dengan emas.

1. Teknik beli emas dan simpan sebagai aset.
  • Pelaburan jangka masa panjang
  • Simpan selama yang mungkin
  • Kenaikan harga emas 20%-35% setahun
  • Bayangkan nilai emas anda selepas 10 tahun
2. Teknik beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.
  • Beli emas ketika harga rendah dan simpan..
  • Perhatikan pergerakan harga emas.
  • Jual semula ketika harga emas tinggi.
  • Pastikan spread harga rendah dan nikmati keuntungan.
3. Teknik beli emas,pajak dan beli emas lagi.
  • Pajak emas di Arrahnu ketika harga rendah.
  • Beli emas lagi dengan menggunakan duit hasil pajakan.
  • Buat berulangkali sehingga stok emas mencukupi
  • Jual emas dalam tangan ketika harga tinggi
  • Tebus satu persatu emas anda dalam Arrahnu hingga habis.
  • Kira keuntungan.
4. Teknik membuat pinjaman bank untuk beli emas.
  • Pilih pinjaman bank yang sesuai.
  • Beli emas secukupnya dan simpan.
  • Sekiranya pinjaman selama 5 tahun, kenaikan harga emas ialah 100%-175% dalam tempoh 5 tahun.
  • Selepas selesai pinjaman, kira untungnya.
5. Teknik beli emas,pajak dan meniaga emas.
  • Beli emas pada harga rendah untuk jadikan stok
  • Pajak di Arrahnu untuk tambahkan stok.
  • Tebus satu persatu dan mula meniaga emas.
  • Dapat jana pendapatan bulanan.
* Sekiranya anda ingin menyimpan emas  dengan selamat, bolehlah menyimpannya di Safe Deposit Box Agrobank dengan kadar sewaan serendah RM25 setahun.